Friday, February 20, 2009

Passport

20 Feb 2009

Aku suggestkan kepada sesapa yg nak buat paasport, pegi laa buat di Jabatan Imigresen Wangsa Maju. Memang cepat gile siap. Aku tanye akak tu boleh tak kalau nak gi breakfast dulu. Dia cakap ok jek dalam 1 jam siap. Tak sampai 1 jam aku dtg dh siap dh passport tuh.

Dapat dh passport. Yey haaaaa.

Sunday, February 15, 2009

Prosedur Lengkapkan Borang Nikah

Panduan ni untuk pasangan Selangor dan Wilayah tau..

1. Download @ dapatkan borang permohonan nikah (lelaki)

2. Sediakan borang pengakuan bujang.

3. Hantar ke kariah kawasan masing². Maksudnya dapatkan t/tangan imam masjid yang berdekatan tempat bermastautin.

4. Submit ke Pejabat Agama. Pastikan anda bawak salinan sume di atas dan yang berkaitan sebab nanti tak menyusahkan utk carik kedai fotostat.

5. Serah ke pihak perempuan. Ulang langkah 3. Tapi perempuan tak perlu surat akuan bujang tau.

6. Bila dah selesai semua, serah ke Pejabat Agama.

7. Pejabat agama akan ambil maklumat dan serahkan borang. Sila beri perhatian untuk borang ini perlu dihantar semula ke kariah perempuan sebab kadi akan key-in maklumat anda.

8. Tunggu hari diakadnikahkan.

Kepada bakal-bakal pengantin yg ada pertanyaan, do not hesitate to ask me.


Thursday, February 12, 2009

Airmata

“Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Tuesday, February 10, 2009

Sedih

11 Februari 2009

Sangat sedih. Taktau nak gambarkan perasaan aku camne. Malam tadi aku dapat dengar something yang buat aku ragu². Ragu² untuk ape? Biar aku jek yang tahu. Still terpikir², kalau betul ianya terjadi, pe yang harus aku buat? Atau, perlukah aku berhenti di sini sebelum ianya betul² terjadi? Kusut..

Pagi, dapat tahu something yang aku taktau dari mulut dia sendiri. Sekali lagi kecewa. Aku, memang tak suka kalau sesuatu perkara tuh dapat tahu dari punca lain. Apa yang aku implement, dengan harapan dia dapat buat camtu jugak tapi sampai sekarang tak berjaya. Aduuh..aku pening. Kusut sume ada.

Semoga Allah tunjukkan jalan kepada aku.

Picnic at Agrotek, Hulu Langat

9 Februari 2009

Setelah discuss melalui sms, kitorg bersetuju utk picnic sempena cuti Thaipusam. Picnic kat Taman Agrotek, Hulu Langat. Tempat menarik wpun sungai x sampai takat lutut. Hehe. Memang syarat aku pn sebenarnya xnak gi tempat yg bahaya.

Azmilia, Wani, As, Pyah, Saadah


Dah setel mandi (bkn mandi pun, sekadar gossip dlm air..hehe), kami gerak ke Jusco Cheras Selatan untuk mamam. Aktiviti biasa yg x dapat dielakkan. Seronok sgt² dpt berkumpul camni. Tunggu our next vacation on August (bak kate azmilia).

Monday, February 2, 2009

HIV Test for our wedding

9 Februari 2009

Sebelum di'inject'.

Jari yang telah di'inject'

Kami buat HIV Test untuk lengkapkan borang permohonan nikah. Minta permission dari bos utk gi klinik. Mula² gi Klinik Kesihatan Tanglin. Sorang nurse tuh ckp "Dik kne buat appoinment. Gi jumpe nurse kt belakang tuh". Aku pn gi ke tempat yg nurse pertama ni tunjuk & Wan follow belakang. Sampai kt nurse no.2, boleh plak dia ckp dorang x cukup kelengkapan. Wan dgn slambernyer blah camtu jek sampai nurse tu ckp "Aik, x abis ckp lg dh pergi?". Ye lah, x synchronise. Yg ni ckp lain, yg tu ckp lain. Ntah pape.

Kami terus gi Klinik Kesihatan Cheras. Klinik nih mmg aku recommended tau. Nurse very friendly & x sombong. Kat sini x perlu pun nak buat appoinment, boleh jek main redah datang.

No. dipanggil & kami menjalani kaunseling. Lepas tuh amik darah (x sakit pn) & alhamdulillah kami HIV negative.