Tuesday, August 4, 2009

Journey to Malacca

31 Julai 2009


Disebabkan husband ku x penah menjejakkan kaki ke Melaka, kami pun menerima pelawaan Zul utk ke sane. Banyak gak tempat gi. Naik Taming Sari, Kapal yg berlabuh, gi Kota A'Famosa naek beca. Pastu singgah mkn kt dlm kebun kelapa sawit (jaga2 cik salmah, jatuh buah kelapa sawit naya je)




Tuesday, May 5, 2009

Majlis Perkahwinan @ Kedah

02 Mei 2009


Tema : Ala-ala Indonesia
Tempoh cari baju : X sure berapa lama
Baju : Cam kain utk kenduri Cheras, Wan cari kain kat Jakarta





Kain : Jakarta, Indonesia

Tempah : Dzull De Classique


Wednesday, March 25, 2009

Honeymoon @ Jogja, Jakarta & Bandung


19 Mac 2009 - 23 Mac 2009
Rezeki dari Allah. Berpeluang honeymoon ke over the sea (hehe). Kami pegi berempat. Aku, wan, kak maria ngan abg ajid.


LCCT - nasib baik sempat check-in



Kak Maria & Abg Ajid


Cerita di sebalik caption "nasib baik sempat check-in", kami decide utk makan di KLIA. Lps mkn tu leh lak singgah kedai. My s-i-l agak teruja tgk design baru crocs. Pilih punye pilih baru perasan yg kami dah lambat. Pe lagi, macam lipas kudung berlari & abg ajid bawak keta macam nk test kete Proton lak (dia keje kat Proton).


Sampai² LCCT ternyata kami ni lambat. Mulut memang tak berhenti doa hope dapat la masuk. Kuasa Allah memang nak bagi aku merasa gi Indonesia, walaupun kami check-in 1minit sebelum berlepas tapi atas sebab flight lewat sampai, dapat laa check-in.



19/03/09 - Gerak dari LCCT ke Jogjakarta.


Kami check-in di Hotel Ibis. Ibis? Aku pn terkejut mula² tapi hotel ni ok jek.




Malam kami makan kat Restoran Sederhana Masakan Padang. Restoran nih memang glamour. Terkejut masa dia hidang hampir 20 jenis lauk kat atas meja. Lepas tuh kita pilih laa yg mana kita taknak kita boleh asingkan.














20/03/2009

Melawat ke Candi Prambanan

Gunung Berapi Merapi













21/03/2009

Terbang ke Bandung tapi singgah transit di Jakarta


22/03/2009

Melawat ke Tangkuban Perahu

Mandi Wap Gunung Berapi



Makan di Restoran Pisang



23/03/2009

Balik ke Malaysia


Sunday, March 15, 2009

Majlis Perkahwinan @ Cheras

15 Mac 2009

Warna Tema : Pink + Purple
Tempoh cari baju : X sure berapa lama
Finally : Wan cari kain kat Jakarta, kami tempah..selesai


Ini kes warna tema. Aku mmg nk sgt warna ni tapi setiap kali pegi butik, mmg x dapat. Wan dh letih nk survey and xtau kenapa aku jadi amat tegas (ker degil ek), nak jugak warna ni. Sebulan setengah before majlis, wan pegi cari sampai ke Jakarta.

Hasilnye..


Kain : Jakarta, Indonesia
Tempah : Dzull De Classique

Aku puas hati dgn jahitan Dzull De Classique ni tapi upahnya agak mahal tau! Tapi papehal yg penting hati puas hehe..



Saturday, March 14, 2009

Majlis Pernikahan @ Masjid Saidina Othman, Cheras, KL


14 Mac 2009

Alhamdulillah, hari ini aku telah bergelar isteri kepada Marwan Mazli Bin Ghazali.

Terima kasih Ya Allah..


Friday, February 20, 2009

Passport

20 Feb 2009

Aku suggestkan kepada sesapa yg nak buat paasport, pegi laa buat di Jabatan Imigresen Wangsa Maju. Memang cepat gile siap. Aku tanye akak tu boleh tak kalau nak gi breakfast dulu. Dia cakap ok jek dalam 1 jam siap. Tak sampai 1 jam aku dtg dh siap dh passport tuh.

Dapat dh passport. Yey haaaaa.

Sunday, February 15, 2009

Prosedur Lengkapkan Borang Nikah

Panduan ni untuk pasangan Selangor dan Wilayah tau..

1. Download @ dapatkan borang permohonan nikah (lelaki)

2. Sediakan borang pengakuan bujang.

3. Hantar ke kariah kawasan masing². Maksudnya dapatkan t/tangan imam masjid yang berdekatan tempat bermastautin.

4. Submit ke Pejabat Agama. Pastikan anda bawak salinan sume di atas dan yang berkaitan sebab nanti tak menyusahkan utk carik kedai fotostat.

5. Serah ke pihak perempuan. Ulang langkah 3. Tapi perempuan tak perlu surat akuan bujang tau.

6. Bila dah selesai semua, serah ke Pejabat Agama.

7. Pejabat agama akan ambil maklumat dan serahkan borang. Sila beri perhatian untuk borang ini perlu dihantar semula ke kariah perempuan sebab kadi akan key-in maklumat anda.

8. Tunggu hari diakadnikahkan.

Kepada bakal-bakal pengantin yg ada pertanyaan, do not hesitate to ask me.


Thursday, February 12, 2009

Airmata

“Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Tuesday, February 10, 2009

Sedih

11 Februari 2009

Sangat sedih. Taktau nak gambarkan perasaan aku camne. Malam tadi aku dapat dengar something yang buat aku ragu². Ragu² untuk ape? Biar aku jek yang tahu. Still terpikir², kalau betul ianya terjadi, pe yang harus aku buat? Atau, perlukah aku berhenti di sini sebelum ianya betul² terjadi? Kusut..

Pagi, dapat tahu something yang aku taktau dari mulut dia sendiri. Sekali lagi kecewa. Aku, memang tak suka kalau sesuatu perkara tuh dapat tahu dari punca lain. Apa yang aku implement, dengan harapan dia dapat buat camtu jugak tapi sampai sekarang tak berjaya. Aduuh..aku pening. Kusut sume ada.

Semoga Allah tunjukkan jalan kepada aku.

Picnic at Agrotek, Hulu Langat

9 Februari 2009

Setelah discuss melalui sms, kitorg bersetuju utk picnic sempena cuti Thaipusam. Picnic kat Taman Agrotek, Hulu Langat. Tempat menarik wpun sungai x sampai takat lutut. Hehe. Memang syarat aku pn sebenarnya xnak gi tempat yg bahaya.

Azmilia, Wani, As, Pyah, Saadah


Dah setel mandi (bkn mandi pun, sekadar gossip dlm air..hehe), kami gerak ke Jusco Cheras Selatan untuk mamam. Aktiviti biasa yg x dapat dielakkan. Seronok sgt² dpt berkumpul camni. Tunggu our next vacation on August (bak kate azmilia).

Monday, February 2, 2009

HIV Test for our wedding

9 Februari 2009

Sebelum di'inject'.

Jari yang telah di'inject'

Kami buat HIV Test untuk lengkapkan borang permohonan nikah. Minta permission dari bos utk gi klinik. Mula² gi Klinik Kesihatan Tanglin. Sorang nurse tuh ckp "Dik kne buat appoinment. Gi jumpe nurse kt belakang tuh". Aku pn gi ke tempat yg nurse pertama ni tunjuk & Wan follow belakang. Sampai kt nurse no.2, boleh plak dia ckp dorang x cukup kelengkapan. Wan dgn slambernyer blah camtu jek sampai nurse tu ckp "Aik, x abis ckp lg dh pergi?". Ye lah, x synchronise. Yg ni ckp lain, yg tu ckp lain. Ntah pape.

Kami terus gi Klinik Kesihatan Cheras. Klinik nih mmg aku recommended tau. Nurse very friendly & x sombong. Kat sini x perlu pun nak buat appoinment, boleh jek main redah datang.

No. dipanggil & kami menjalani kaunseling. Lepas tuh amik darah (x sakit pn) & alhamdulillah kami HIV negative.

Monday, January 26, 2009

Demam

26 Januari 2009

Tunggu giliran jumpe doktor

Dah dekat setahun aku x demam. Sabtu hantar kakak wan, Kak Maria ke KLIA sbb dia outstation ke Maldives. Lepas tuh lunch dgn future mom-in-law & husband Kak Maria, Abg Ajid. Mase tuh dah rase nak demam dah sbb tekak dah perit tapi bertahan jer arr. Dah abis lunch, hantar dorang balik shah alam.Kami singgah ke Plaza Alam Sentral utk tgk koleksi² baju pengantin. Mane tau de jumpe baju yg aku kenan tapi mmg x jumpe. Singgah The Store beli barang sket & panadol. Badan mmg betul² x larat nih. Balik jek umah badan mmg panas gile terus jek tido.

Ahad - Zeta masakkan Campbell's Soup. Petangnya kak long datang. Aku tau dia x plan pun nk tido umah tapi disebabkan adik kesayangan dia x larat nak bangun ditambah plak mak balik kampung, dia suh alang amik baju tido umah.

Isnin gi klinik ngan kak long's family. Laila pn demam gak. Doktor bg injection baru arr rase sedap sket badan.

Sunday, January 11, 2009

Hang out with Zita

9 Januari 2009

Dengan Farah Diba


Aku gi Mydin dengan zita (my cousin) beli brg2 utk majlis cukur jambul Syafiq Shakir. Sambil² tuh survey² gak brg kahwin aku. Luckily dapat something yg sesuai. Dah dapat sume brg² tuh, kami beratur utk byr. Kebetulan Farah Diba br jek abis promote produk Alaisyah. Memang peramah & sweet sangat² Farah nih tau. Tak sombong langsung. Disebabkan tuh, aku ngan Zita pn amik kesempatan amik gambo dgn dia. Canteek kan dia? (aku? hehe).

Thursday, January 8, 2009

Syukur Allah selamatkan aku


9 Januari 2009

Aku tido umah kakngah arini sbb abg eddy kne outstation. Balik keje basuh baju jap pastu dlm kul 10.30 aku gerak ke Sg. Long. Baru jek kuar dr kawasan umah aku, kat satu traffic light nih side aku lampu hijau tapi de lori at another side still jalan. Aku x sedap ati so bg arr dia jalan dulu. Dah tgk kete (side lain) tuh benti, aku pun jalan arr. Tiba² jek meluncur sebuah kete (MyVi rasenyer) dgn laju pdhl side dia traffic light merah. Memang ALLAH nak selamatkan aku, break kete MyVi tuh berfungsi elok. Memang lagi sejengkal jek nk touch kete aku.


Alhamdulillah, ALLAH lindungi aku. Darah tengah manis nih..

Sunday, January 4, 2009

Kursus Kahwin

3 Jan - 4 Jan 2009


Alhamdulillah kami dah selamat menjalani kurus pra-perkahwinan di Sri Pengantin, Bandar Sri Permaisuri. Recommended kerana tenaga pengajar memang kelakar habis. Tapi...tempat???hurm..no komen. Terlalu pack. Peserta yang muda² pn datang. Ni mesti kes taknak amik peksa. hikhik..